SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG PENA DAN AKSARA

Tuesday 30 July 2019

Laporan Temasya Sukan SJKC Bemban


Laporan Temasya Sukan SJKC Bemban

Pada 21 April 2019, SJKC Bemban telah mengadakan termasya sukan yang ke-32. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.

Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan mencatat markah rumah-rumah sukan diletakkan di tengah-tengah padang. Manakala, bendera rumah sukan, bendera Negeri Pahang dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka.

Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00 pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah astaka. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan yang tiba kira-kira pukul 8.10 pagi disambut oleh Guru Besar sekolah iaitu Encik Michael Tng serta Pengerusi PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian.

Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pula dijalankan. Hadiah disampaikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar.

Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-32 ini ialah pasukan Rumah Biru. Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan di kantin.


Laporan disediakan oleh,                                                                  31 Julai 2019


.................................
(Chong Wen Qing)

Thursday 21 March 2019

6M - 2019


Kebaikan Komputer Dalam Kehidupan Kita

Penggunaan komputer amat penting pada masa kini. Komputer membolehkan kita melakukan pelbagai perkara seperti belajar, berhibur, berkomunikasi, bekerja dan sebagainya lagi.

Komputer membolehkan kita belajar seperti belajar secara dalam talian. Komputer juga memudahkan pelajar mendapatkan sumber rujukan menerusi laman sesawang yang boleh diakses daripada komputer yang dilengkapi sambungan internet. Komputer juga akan memudahkan pelajar menyiapkan tugasan mereka.

Kita boleh berhibur dengan lebih mudah dengan menggunakan komputer. Melalui komputer kita boleh menonton video, mendengar muzik, bermain permainan video dan sebagainya lagi. Dengan itu, kita akan lebih mudah untuk menenangkan fikiran setelah penat belajar atau bekerja.

Komputer juga memudahkan kita berhubung dengan orang lain. Pelbagai aplikasi boleh kita gunakan untuk berkomunikasi seperti email, forum, `facebook` dan sebagainya lagi.

Kesimpulannya, komputer amat diperlukan pada masa kini kerana banyak memberi faedah kepada manusia. Walau bagaimanapun kita mesti mengawal diri daripada terlalu leka menggunakan komputer kerana ia juga boleh mendatangkan masalah seperti tidak fokus kepada pelajaran dan sebagainya